Thursday, October 7, 2010

lawatan air loji chicha

sebenarnye aqu pi lawatan loji air chicha sbb aqu nyer silibus sosiology in nursing... hak2.... wajib kot... kalu x pi... kene potong markah.... haha so pakse rela pi nie... sebonarnyo kitorng pi nie 3 bulan yg lepas... tapi baru aqu nak shred... sbbnyer... baru tahu nak wat blog... hahaha... urmm...


kitorg pi naik bus usm ah...tolak kul 9... ingat lame...rupenyer.... 5 minit jer.... x puas lagi aqu naik bas tu.. hak hak... n than kitorg sampai lah saner.. kelantan water sdn bhn chicha... hehehe... a.k.a. kirenyer nie anak syarikat kerajaan negeri kelantan lah...(rasenyr x yah sebut pun korang tahu parti mmrintah kat sini kan... hahhha).. sume bangunan dia warne hijau.. tunjuk gamq sikit... hihihihj

ha.. nie diaaa... tangki jer putih.... eh.. betullah.... hahaha

pastu kitorag di bagi lah taklimat... n dio terngkan lah proses2 air nie... sampai lah paip kat umah... tapi aqu hairan an pilik... macam mane kawasan kubang jerian nie and certain tempt dia punyer air paip karat gile... dia punyer proses chey wah... bukan lagi bergaya kot... aleh2 dapat yg karat.. kitorang tanye lah soklan kat dio punye pro kot... kenape air tempat kitorang karat gile... n dia jawabbbbbbbbbb... salah satu faktornye sbb diorang x de saingan... and melibatkan kos... yang aqu benggangnye... x de saingan........... org patutnye bagi perkhidmatan baik giler lah dah ko yang monopoli kan... kalu x caye... nah bukti air sekotor mane yg penah kitorang dapat.......
bukan photo edit yea.. singki nie dia punyer ounca air from air kelantan lah... plik kan..........

urmm... dah lah.. malas nak citer pasal kualiti air nie... menyakitkan hti jer kan.. kan... kan....
ok..pas wat lawatan ke loji2... kitoang pun balik... no nak dijadikan citer mesti kitorang kene wat report kan... report group lah... tapi jadi kije individu kottttt... geram doh... aqu sekok2 wat report tu.. diorang wat gak mule2.. and hato... kene reject... pastu aqu wat lah sekok2... yang wat kene reject tu... aqu yang duk taip gak... bincang satu duo page jer... n then aqu wat... kes ngungkit dah nie... tapi ape aqu kisah dari korang x wat kije kan... kan.... kan...


ha... nie lah report aqu... tgk ah kot2 korang nak wat contoh wat report ke... chey wahhhhhhh... hahahaa.. ops2.... sebelum tu... nie ade gamaq skit2... hehehe
letih round minum air dulu kan... hehehehe





Go to fullsize image


PUSAT PENGAJIAN SAINS KESIHATAN
KAMPUS KESIHATAN

DIPLOMA IN NURSING

STUDENT NAME:
MUHAMMAD AZIM BIN AZMAN
MOHD NADZMI BIN ROSLAN
SARMILAN A/L MURUGIAH
NURUL HUSNA BINTI RAHIM
NURUL AIN ASHIKIN BINTI LOUT
NURUL FATIN WAHIDA BINTI AIDIL
NURUL AIN BINTI MOHD NIZAM
NUR AMIRA SHAMSHILLA BINTI MOHD SHAMSUL  BAHRI
NURSAKINAH BINTI MOHD ROSLI
COURSE:  DGN105/3 SOSIOLOGY IN NURSING
TITLE: LOPORAN LAWATAN KE LOJI AIR CHICHA
DATELINE: 02/08/2010
DATE SENT: 15/08/2010
TUTOR’S NAME: FAZDILLAH HUSIN





 




TAJUK : LAPORAN LAWATAN KE LOJI AIR CHICHA
NAMA PENULIS : MUHAMMAD NADZMI BIN ROSLAN
DISEDIAKAN UNTUK: PUAN FADZILAH
TARIKH : 2 OGOS 2010

1.0  PENGENALAN
Lawatan ke Loji Air Chicha  ini dilakukan  untuk memenuhi silibus mata pelajaran DGN 105 sosiologi dalam kejururawatan. Selain itu lawatan ini juga mempunyai objektif tersendiri iaitu, untuk mengenal pasti sumber air yang digunaka, menjelaskan kaedah rawatan yang digunakan, menerangkan kesan pencemaran air ke atas kesihatan dan menerangkan kepentingan air yang dirawat untuk kesihatan.
2.0TUJUAN
Tujuan laporan ini ditulis adalah untuk:
2.1 Melaporkan segala aktiviti dan maklumat yang kami dapat sepanjang                                                          Lawatan ke loji air chicha ini dijalankan.
2.2 Selain itu laporan ini juga ditulis bagi memenuhi syarat bagi subjek DGN105 sosiologi dalam kejururawatan.
3.0 SINOPSIS

3.1 Pada 2 ogos 2010 pelajar diploma kejururawatan telah mengadakan   lawatan ke Loji Air Chicha.  Kami seramai 89 orang termasuk 2 orang pensyarah sebagai pengiring bertolak dari USM Kubang Kerian pada jam 9.15 a.m dengan menaiki dua buah bas USM. Perjalanan kami ke sana memakan masa selama 15 minit.Kami tiba di Loji Air Chicha tepat pada jam 9.30 a.m. Setibanya kami disana, kami telah disambut oleh En Azhari Abd Rahman iaitu Penyelia Loji Air Chicha serta kakitangan-kakitangan yang lain. Kami telah berada disana selama 2jam 30 minit dan bertolak pulang ke kampus kesihatan usm pada pukul 12 tengahhari dan sampai ke kampus pada pukul 12.30. Manakala ada juga pelajar sampai ke kampus pada pukul 1.30 tengahhari kerana sebuah bas daripada dua buah bas yang menghantar kami lewat tiba atas sebab – sebab yang tidak dapat dielakan.




4.0 isi perbincangan
4.1 Antara  objektif  lawatan ini ialah yang pertama; untuk mengenal pasti sumber air yang digunakan. Sumber air yang digunakan loji rawatan air chicha, sumber air mentah dari tujuh medan telaga iaitu, Pasir Tumbuh, Pasir Hor, Padang Penyadapan, Kubang Kerian, Kenali, Chicha dan Seribong.
4.1.1Objektif kedua, menjelaskan kaedah rawatan yang digunakan. Air yang diperolehi diproses melalui lima peringkat iaitu melalui; pertama pengudaraan air, pengentalan, pemendapan, penapisan dan pembasmian kuman.
4.1.2Objektif ketiga, menerangkan kesan pencemaran air ke atas kesihatan. Antara penyakit bawaan air ialah, taun, cirit birit, keracunan makanan, kepialu, dan lain- lain.
4.1.3Objektif terakhir ialah menerangkan kepentingan air yang dirawat untuk kesihatan.

4.2 Kemudian, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan.
4.2.1 Kumpulan pertama diberi taklimat terlebih dahulu
4.2.2 Semasa taklimat, kami diberi penerangan tentang cara-cara pemprosesan air, serta dua buah tayangan video mengenai sejarah Syarikat Air Kelantan sdn. bhd. dan langkah pemprosesan air dilakukan
4.2.4Manakala kumpulan kedua dibawa melawat ke kawasan rawatan air sementara menunggu taklimat untuk kumpulan satu selesai.Kami juga dibawa melawat ke kolam-kolam air yang sedang diproses.Terdapat banyak kolam yang dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu.Terdapat kolam yang mempunyai kedalaman lebih kurang sepuluh kaki.Kami juga telah diberi penerangan tentang fasa-fasa pemprosesan air.Di sana terdapat sebuah bilik yang mengandungi sepuluh alat kawalan air yang berfungsi untuk membuka pintu laluan air.


4.3 Antara proses yang telah dilakukan untuk memproses air yang di salurkan untuk pengguna ialah Pengudaraan, Pengentalan dan pengumpulan, Pemendapan, Penapisana dan Pengklorinan
4.3.1 Proses pengudaraan ialah proses air mentah disentuh secara dekat oleh udara bagi membebaskan gas – gas atau bahan meruap yang beracun   
4.3.2 Proses Pengentalan dan Pengumpulan pula ialah proses dimana satu bahan kimia dicampurkan kedalam air mentah dan membuatkan bahan – bahan halus di dalam air melekat di antara satu sama lain apabila berlaku sentuhan dan membentuk jisim – jisim kental yang sederhana besar ( sub microscopic)
4.3.3 Manakala proses Pemendapan pula, ialah proses untuk membuang atau mengasingkan flok yang telah terbentuk dari air dan juga untuk mendapatkan air yang lebih jernih sebelum ditapis. Tiub Lamella digunakan dalam pengasingan floc bagi proses penjernihan
4.3.4 Seterusnya proses Penapisan yang memerangkap baki – baki floc yang terlepas dari tangki mendap. Menggunakan penapis gravity 2 lap (Penapis Pasir)
4.3.5 Akhir sekali ialah proses pengklorinan. Proses yang melibatkan pembasmian kuman, klorin dimasukan ke dalam air untuk membunuh bakteria berbahaya

 4.4 Syarikat Air Kelantan diterajui oleh Y.A.B DATO’ TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT. Loji Rawatan Air Chicha yang ditubuhkan pada julai 2003 dan mengambil kos sebanyak RM80 juta seluas 4.2 hektar.
4.4.1Tangki-tangki air di Loji Rawatan Air Chicha di bersihkan sebulan sekali bagi memastikan air yang dibekalkan terjamin kebersihannya. Air yang dirawat oleh Loji Rawatan Air Chicha diagihkan kepada sepuluh kawasan iaitu Kawasan  Perindustrian Pengkalan Chepa, Kemumin, Sabak, Kubang Kerian, Peringat, Melor, Perol, Pasir Hor, Batu 4 dan sebahagian Bachok.
4.4.2 Kapasiti Rekabentuk Loji Rawatan Air Chica ialah 84MLD dan kapasiti pengeluaran semasa ialah 62 MLD.
4.4.3 Loji Rawatan Air Chicha telah menggunakan sistem rawatan air yang lengkap serta mempunyai sistem kawalan berkomputer, SCADA. Loji pertama di negeri Kelantan yang menggunakan ‘lamella plate’
4.4.4 Syarikat air kelantan mempunyai dua puluh satu loji yang menggunakan air sungai manakala tujuh buah lagi loji air syarikat ini menggunakan air bawah tanah
4.5 Berikut adalah keputusan ujian tapak (GI) di Loji Rawatan Air Chicha
PARAMETER
RAW WATER
TREARED WATER
LIMIT WHO (TREATED WATER)
Pre-chlorine (mg/l)
-
1.50
>0.2
Turbidity
5.0
0.5
5.0
pH
5.80
7.00
6.5 – 9.0
Colour (TCU)
15
0
<15
Iron (mg/l)
5.0
0.05
0.3


4.6 Setelah selesai kami membuat lawatan dikawasan logi tersebut kami dijamu sedikit jamuan ringan.Pegawai-pegawai dari Loji Rawatan Air Chicha begitu ramah melayan kami semua. Tiga puluh minit bas USM yang membawa kami tiba di Loji Rawatan Air Chicha dan kami bertolok pulang ke USM kampus kesihatan.

5.0 PENUTUP
Konklusinya, lawatan ini telah banyak memberikan kami kesedaran dalam menjaga kualiti air. Kami juga dapat mengetahui mengenai cara-cara untuk menjaga kualiti air yang disalurkan kepada seluruh warga penduduk Kelantan.  Pendekatan sebegini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Justeru itu, pelbagai inisiatif perlu diambil oleh pihak universiti untuk memperbanyakkan lagi aktiviti lawatan ke loji rawatan air ini kerana lawatan sebegini dapat memberikan faedah serta pengalaman yang berguna kepada para pelajar.
\

No comments:

Post a Comment