Thursday, October 7, 2010

teks forum

ari tu.... mase kelas LKM400 (a.k.a kelas bahasa melayu lah.... wah.... student nursing pun ade gak tu kelas bahasa,,, hehehe... wajib kot.... )  kitorang diberi kumpulan untuk wat forum remaja... n satu group 3 orang iaitu aqu... lin n rehan( wat2 kenal jelah yerk... hahaha)
tajuk yg ditugaskan utk kami IPTA mampu melahirkan graduan bertaraf dunia... wah2.... topik panas kot (utk student u lah... hehehe)
n.... off course aqu yg kene wat teks utk group aqu.... tgk lah.... komenlah ikit2...hehehehe

Duduk di bawah pohon bidara,
Sambil merenung sinaran rembulan,
Selamat datang pembuka bicara,
Buat hadirin rakan dan taulan

Tetamu jempuatan, dato emiza….. timbalan menteri  pengajian tinggi… ahli panel
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia.Hadirin yang dirahmati allah sekalina, sebelum saya memperkenalkan ahli panel kita izinkan saya untuk menyebut berkaitan dengan tajuk forum kita pada hari ini… tajuk forum kita pada hari ini ialah IPTA mampu melahirkan graduan bertaraf dunia… iaitu isu yang boleh dikatakan panas dalam kalangan graduan… Topik ini akan kta bincangkan pada hari ini dan saya tidak mahu menyentuh tajuk ini kerana saya percaya ahli panel kita adalah gandingan yang mantap dan berintelektual dan mampu untuk menghuriakn topic kita pada hari ini.

Sebelum kaki mengatur langkah,
Sebelum kata mengatur bicara,
Molek benar jika saya memperkenalkan diri serta ahli panel kita. Saya, Muhammad nadzmi bin roslan akan mempengerusikan forum kita pada hari ini, yang menemani saya dua orang ahli panel.yang ceria ceria belaka yang sememangnya berintelektual… Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini.
            Baiklah, di sebelah kanan saya , ahli panel professor dato dr lyn, yang merupakan pengarah kampus university sains Malaysia kampus kesihatan
Pengerusi: apa kabar saudari?
Lyn: kabar baik tuan pengerusi. Penat saya menunggu giliran
            Manakala disebelah kiri saya nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari raihan yang merupakan naib pengerusi majlis perwakilan pelajar university putra Malaysia
Pengerusi:Apa khabar saudari?
raihan : AlHamdulillah sihat tuan Pengerusi. tuan Pengerusi macamana?
Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga.Baiklah, memperkenalkan diri sudah.. memperkenalkan ahli panel pun sudah… jadi… sebelum saya menyimpang lebih jauh, soalan saya buat ahli panel kita yang pertama, adkah benar IPTA kita ini mampu melahirkan graduan bertaraf dunia??? Adakah ianya hanyalah kata-kata yang indah atau sebaliknya.
Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional persoalan.  Penyataan bahawa graduan ipta bukan bertaraf dunia ingin saya sangkal sama  sekali… hal ini kerana… mantan perdana menteri ke4 kita tun dr Mahathir Mohamed   yang disegani juga adalah graduan dari ipta iaitu  dari university Malaya (UM)…. Malah ramai kita boleh lihat sesorang yang Berjaya itu lahir daripada IPTA…. Mungkin timbulnya keterangan bahawa ipta tidak mampu melahirkan graduasi bertaraf dunia kerana isu pengangguran…. Sebenarnya isu pengangguran tidak sewajarnya ipta dipersalahkan… kerana foktor berlakunya isu pengangguran yang pertama:
1. Kurang memohon pekerjaan.
2. Kurang menghantar resume untuk memohon jawatan.
3.  Kurang jaringan perhubungan dan pengalaman kerja.
4. Beranggapan wujud diskriminasi terhadap peluang pekerjaan.
5. Beranggapan wujud faktor luaran yang menyebabkan mereka tidak mendapat pekerjaan.
6. Tidak mempunyai kematangan dalam hal-hal kerjaya.
7. Kemahiran sebenar tidak menggambarkan kemahiran yang dinyatakan.
8. Cenderung kepada kemahiran umum berbanding kemahiran spesifik.
9. Cenderung kepada kemahiran bersifat lisan berbanding penulisan.
10. Kurang kemahiran penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
11. Kemahiran tidak selari dengan penggunaan kemahiran semasa bekerja.
12. Menilai diri melebihi daripada realiti.
Kesemua 12 punca yang saya senaraikan tadi adalah Mengikut kajian yang dibuat oleh Institut Pengajian Pendidikan Tinggi Negara pada tahun 2003
Selain itu juga siswa dan siswi yang mendapat keputusan akhir tahun mereka yang tidak memuaskan juga menjadi foktor penyumbang… agensi atau syarikat mane yang mahu mengambil risiko melantik graduan yang mempunyai keputusan yg tidak memuaskan ini untuk menguruskan agensi mereka???
Hadirin dan hadirat sekalina. Auntuk pengetahuan anda menurut kementerian sumber manusia pengangguran peringkat kebangsaan pada suku tahun kedua 2009 adalah 3.6 peratus berbanding empat peratus pada suku pertama tahun ini. Hal ini telah menunjukkan berlakunya penerunan memberangsangkan. Oleh itu ingin saya jelaskan disini bahawa ipta mampu melahirkan graduasi bertaraf dunia. Saya kira setakat disini dahulu. Kembali kepada tuan pengerusi
Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi. Sebentar tadi panel pertama kita menyangkal 100% dakwaan bahawa ipta kita tidak mampu melahirkan graduan bertaraf dunia. Timbulnya kenyataan ini adalah disebabkan isu pengangguran. Jester , saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada ahli panel kita yang kedua, apakah langkah yang telah diambil oleh kementerian pengajian tinggi untuk memastikan ipta melahirkan graduan bertaraf dunia?
Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. Bismillah.. Baiklah, ini ya pn lyn dan tuan pengerusi yang sebenarnya, kementerian pengajian tinggi telah merangka untuk memastikan siswa dan siswi yang lahir dari IPTA bukan sahaja  yang bertaraf dunia tetapi memberi manfaat kepada Negara
Baiklah hadirin dan hadirat sekalian
Teras Pertama :Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti
Untuk mengembangkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi, negara memerlukan jumlah tenaga kerja mahir dan
berpengetahuan yang signifikan.Teras ini menggariskan langkah-langkah peluasan akses ke pengajian tinggi berdasarkan prinsip
meritokrasi. Di samping itu, penyertaan dalam pengajian tinggi ditingkatkan melalui kepelbagaian bakat dan keupayaan,
memperluas akses melalui kepelbagaian program, kriteria kemasukan terbuka, penambahbaikan prasarana, peluasan
penggunaan ICT dan kerjasama dengan agensi lain serta memastikan setiap individu yang telah ditawarkan tempat belajar di
IPT tidak dinafikan peluang belajar kerana tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Ini bermakna tidak wujud jurang
kelas sosial, gender, umur, etnik, wilayah dan keupayaan fizikal.
2.32 Teras Kedua :Menambah baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran
Untuk menghasilkan modal insan yang mampu berdaya saing dan berjaya dalam arena kompetitif di pasaran tempatan dan
global, kriteria kemasukan pelajar perlu menekankan kualiti dan kelayakan yang diperlukan. Melalui langkah pengukuhan
pengalaman pembelajaran individu, penambahbaikan kurikulum, peningkatan kualiti tenaga pengajar dan penyediaan


infrastruktur yang fungsional dan mencukupi, graduan yang cemerlang dapat dihasilkan. Dengan ini, graduan bukan sahaja
mudah mendapat pekerjaan tetapi mampu berdikari dari segi kerjaya sebagai usahawan dan lain-lain.Teras ini memastikan
semua pelajar pengajian tinggi menjadi modal insan yang dapat memanfaatkan pengalaman pembelajaran berkualiti tinggi
sejajar dengan tuntutan individu,masyarakat dan negara.
2.33 Teras Ketiga :Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi
Untuk terus cepat bergerak ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi, jalinan kerjasama di kalangan IPT, institusi
penyelidikan, syarikat swasta dan organisasi yang berkaitan perlu diperkukuh.Teras ini bertujuan untuk membangunkan dan
memantapkan keupayaan aktiviti penyelidikan di IPT bagi menyumbang kepada Sistem Inovasi Kebangsaan. Strategi ini
termasuk membangunkan massa kritikal penyelidik dan korpus ilmu yang mampu membawa Malaysia ke satu tahap pencipta
teknologi di peringkat global. Dalam hal ini, jalinan kerjasama perlu dipererat dalam rantaian Sistem Inovasi Kebangsaan. Ini
bukan sahaja memerlukan sumber kewangan yang mencukupi tetapi juga penilaian dan keputusan yang segera bagi
membolehkan penggunaan dana secara optimum bagi menjalankan penyelidikan, pembangunan dan inovasi yang berkualiti.
2.34 Teras Keempat :Memperkasakan Institusi Pengajian Tinggi
Untuk meningkatkan keupayaan IPT, fungsi dan tanggungjawab yang lebih cekap, telus dan berkesan perlu diterapkan ke arah
mewujudkan sistem pengajian tinggi bertaraf dunia.Teras ini bermatlamat untuk meningkatkan kualiti IPT supaya setanding
dengan universiti terbaik dunia di dalam program pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.Di bawah teras ini, langkah untuk
memperkasakan kepimpinan IPT, peningkatan tahap profesionalisme fakulti, peningkatan kualiti tenaga pengajar melalui latihan
pascaijazah dan pasca doktoral secara berterusan, penambahan tenaga penyelidik akan dipergiat. IPTA disarankan supaya
menjanakan pendapatan sendiri ke arah mencapai autonomi. Pembangunan sumber manusia dan penyediaan prasarana perlu
dipertingkatkan bagi memperkasakan IPT. Di samping itu, suasana persekitaran yang kondusif untuk IPTS beroperasi akan
Teras Kelima :Mempergiat Pengantarabangsaan
Untuk meningkatkan daya saing dan memantapkan kedudukan negara sebagai pemimpin global
dalam pembangunan sejagat, Malaysia perlu sentiasa menandingi tahap kecemerlangan tertinggi
di dunia melalui kegiatan pengantarabangsaan.Teras ini mempunyai matlamat menjadikan Malaysia
sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi melalui program pengantarabangsaan seperti
pertukaran tenaga akademik, pelajar dan kursus pengajian, kolaborasi penyelidikan dan jalinan
kerjasama dengan universiti terkemuka di dunia. Dengan program berkenaan, Malaysia mampu
menarik jauh lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di negara ini yang akan
dapat memanfaatkan pelajar tempatan dari segi interaksi, pendedahan dan pengalaman supaya
minda pelajar tempatan lebih terbuka, kompetitif dan global. Di samping itu, pelajar-pelajar
antarabangsa ini akan menjadi duta global bagi mempertingkatkan imej Malaysia di persada dunia.
2.36 Teras Keenam :Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Untuk berdaya saing di peringkat global, Malaysia perlu mempunyai modal
insan yang berupaya memperbaharui ilmu dan kemahiran untuk menangani
tuntutan dan cabaran baru. Teras ini bertujuan membudayakan
pembelajaran sepanjang hayat (PSH) untuk menyokong pembangunan
modal insan selaras dengan keperluan ekonomi berasaskan inovasi dan
pembangunan masyarakat berbudaya ilmu. Strategi termasuk meningkatkan
promosi, mekanisme dan prasarana terutamanya melalui kemudahan
penggunaan ICT bagi memajukan individu dalam pelbagai ilmu dan
kemahiran mengikut minat dan kehendak masing-masing. Untuk tujuan itu,
insentif dan sokongan pembiayaan perlu disediakan bagi membolehkan
individu menambahkan ilmu, mempertajam kemahiran untuk meningkatkan
produktiviti dan daya saing.
2.37 Teras Ketujuh : Mengukuhkan Sistem Penyampaian Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT)
Untuk mencapai hasil transformasi, sistem penyampaian KPT perlu diperkukuh. KPT perlu
mewujudkan jalinan dan kerjasama strategik dengan kementerian lain dan juga mengadakan usaha
sama dengan pihak berkepentingan di sektor swasta di dalam dan di luar negara. Dalam hal ini,
struktur tadbir urus, budaya, prasarana dan sumber menjadi faktor utama dalam memberikan
perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders).
Matlamat utama teras ini adalah untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada IPT dalam
melaksanakan tanggungjawab mereka ke arah mencapai misi dan visi KPT. Ini bermakna
fungsi KPT akan beralih daripada kawal selia undang-undang kepada pemudah cara. Saya kira stakat ini sjalah ya. Kembali kepada tuan pengerusi
Panel pertama: sebentar ya tuan pengerusi izinkan saya untuk menambah sedikit.
Pengerusi: silakan
Panel pertama: hadirin dan hadirat seklian, untuk  pengetahuan saudara dan saudari Universiti Malaya (UM) dipilih menduduki tempat ke-89 manakala Universiti Sains Malaysia (USM) di tempat ke-111 daripada 200 universiti terbaik dunia.
hal ini jelas menunjukkan   universiti tempatan memiliki kekuatan dalam aspek pengajaran, penyelidikan, penghasilan artikel, reputasi antarabangsa, staf akademik dan pengambilan pelajar antarabangsa sehingga mampu menghasilkan graduan cemerlang dalam akademik.

IPTA kita sudah bersedia memberi tunjuk ajar terbaik kepada penuntut ini. Bagaimanapun, pelajar kita dikesan mempunyai sedikit kekurangan dari aspek kecekapan menguruskan masa, penampilan diri dan kefasihan bahasa Inggeris.Kalau aspek ini dipertingkatkan, saya yakin penuntut tempatan mampu berdaya saing di peringkat global, bukan terhad kepada mencari peluang pekerjaan dalam negara saja,
Sekian sahaja, kembali kepada pengerusi.
Tuan pengerusi:  terima kasih kepada ahli panel kedua kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi dan kepada ahli panel pertama kita yang benar2 bersemangat sekali ya…  sebentar tadiahli panel ke 2 kita telah menyatkan peranan kerajaan untuk memastikan graduan yang lahir dari IPTA adalah yang terbaik antara yang baik. Manakala ahli panel pertama kita ade menyebut kedudukan university kita pada masa kini dan saya serta hadirin dan hadirat sekalian pasti percaya bahawa ipta kita mampu berada dalam 10 terbaikk. Baiklah.. hadirin dan hadirat sekalian, sebelum kita masuk ke pusingan kedua, saya pasti pasti hadirin dan hadirat mempunyai persoalan kepada dua orang ahli panel kita ini… dipersilakan.
Terima kasih atas soalan2 daripada saudara dn saudari sebentar tadi. Bagi yg masih timbul persoalan jangan gusar dan bimbang kerana kita akan member lagi peluang untuk memberikan persoalna.
Baiklah, soalan seterusnya ingin saya ajukan kepada Panel kita yang pertama. Baiklah, yang sebenarnya professor, timbul persoalan didalam fikiran saya institusi pengajian tinggi swasta atau awam, yang manakah lebih bagus dan banyak melahirkan graduan bertaraf dunia, jika dilihal laman2 blog diinternet juga ianya menjadi perdebatan, ada yang menyokong IPTA dan Ade juga yang menyokong Ipts… saya harap Prof dapat member pandangan dan pendapat berkaitan perkara ini, silakan
Panel1: soalan cepumas yang diberikan ahli panel kita ya. Sebelum tu saya ingin bertanya pendapat ahli pengerusi, yang mane lebih bagus ipta atau ipts
Pengerusi: bagi pendapat saya ipta…
Panel1: bagaimana pula dengan anda panel2?
Panel2: no komen…
Panel1: wah, tidak mengapa, ini sekadar pendapat anda sahaja, dan kita seharusnya menghormatinya. Baiklah, saya teruskan ya….  Ingin saya berikan situasi, jika seseorang pelajar itu mendapat keputusan spm mereka kemudian mengisi boring kemasukan untuk memasuk ipta melalui internet…. Buleh dikatakan pada masa itu laman web upu begitu sibuk sekali dengan permohonan pelajar secara online. Dan amat jarnng benar sekali kita dengar pelajar lepasan spm memohon untuk memasuki ipts…. Tup2 surat tawaran kemasukan ke ipts sampai dirumah…. Namun , ianya tidak menjadi kabar gembira bagi kebanyakan pelajar tersebut, kerana didalam hati mereka IPTA menjadi pilihan.. mendapat surat tawaran kemasukan ke ipta umpama durian runtuh bagi mereka dan tidak lena tidur dibuatnya, tidak begitu hadirin dan hadirat sekalian? Malah ipts akan menjadi pilihan terakhir bagi pelajar setelah gagal memasuki ke ipts. Selain itu juga, ipts mengenekan yuran begitu tinggi berbanding di ipta, namun begitu ipta masih mampu melahirkan generasi bertaraf dunia biarpun yurannya tidak semahal ipts.  Tambahan lagi bukan semua kolej – kolej swasta diiktiraf kerana kebanyakkan ipts lebih kearah bisnes berbanding kejayaan akademik. Oleh itu dapatlah dismpulkan bahawa ipta mampu melahirkan generasi bertaraf dunia namun begitu ingin saya ingatkan disini kepada hadirin dan hadirat bahawa kesungguhan diri sendiri adalah cerucuk utama pembinaan untuk melahirkn seorang graduan yang bertaraf dunia… cuba anda renungkan sekiranya perkara ini diikuti oleh semua siswa dan siswi kita pada masa kini… saya  fikir stakat ini sahaja kembali kepada pengerusi
Pengerusi : Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh panel pertama  kita sebentar tadi. Seterusnya persoalan terakhir untuk panel kita yang kedua, masih berlegar dalam persoalan yang sama iaitu bolehkah ahli panel kedua menunjukkan bukti bahawa ipta kita melahirkan generasi bertaraf dunia????
Panel ke2: Terima kasih kepada sadari pengerusi yang sentiasa aktif menanyakan banyak persoalan intelek. Baiklah, untuk menjawab persoalan ini, apa kata kita teliti hasil kajian yang telah dilakukan oleh pihak pengajian tinggi berkaitan dengan peratus status pekerjaan graduan ipta pada tahun2009 selepas tamat pengajian di  ipta
Melanjutkan
Pengajian (19.05)
Meningkatkan
Kemahiran (1.2%)
Menunggu Penempatan
Pekerjaan (5.0%)
Bekerja (48.1%)
Belum bekerja (27.7%)
Bekerja (48.1%)
Selain itu juga, bUAT pertama kalinya empat buah universiti penyelidikan tempatan dan empat buah universiti cawangan luar negara menerima Surat Pelawaan Memohon Status Swa Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) sempena sambutan ulang tahun pertama agensi itu di Petaling Jaya baru–baru ini.
Universiti yang tersenarai adalah
Universiti Putra Malaysia (UPM),
Universiti Sains Malaysia (USM),
Universiti Malaya (UM), Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti
Sekiranya berjaya memperoleh status berkenaan, institusi pengajian tinggi (IPT) itu layak mengakreditasi sendiri
program-program pengajian mereka,tertakluk kepada pemantauan berterusan dan audit institusi dari masa ke semasa oleh pihak MQA seperti yang termaktub di dalam Akta AgensiKelayakan Malaysia 2007. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa IPTA kita diiktiraf dan semstinya mampu melahirkan graduan bertaraf dunia. Saya fikir apa yang sya katakana sebentar tadi telah nenjawab persoalan tuan pengerusi, kembali

pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ” masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir ingin saya buka peluan kepada hadirin dan hadirat kita untuk menjawab persoalan yang terbenak didalam fikiran mereka. Dipersilakan.

Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri.
Wallahu’alam
Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh


Belum Bekerja
(27.7%

1 comment:

  1. santai gilarr text nihh..terima kasih yaa, saya guna sebagai panduan untuk forum lkm400

    ReplyDelete